Saturday, December 15, 2012

CONTOH UJIAN DARAH SET2 KELANTAN

Pada pertengahan November 2012 gang Kembara Vken telah mengembara ke Kelantan. Dalam episode tersebut kami telah bertemu dengan sahabat lama saya Ustaz Fakhrudin di Bachok. Mr Kelvin pun ada dalam pertemuan tersebut dan apa lagi...kami pun test lah darah Ust Din.

A10   Hasil Ujian Darah Ustaz Fakhrudin 29.11.2012
 
 
 
 
Kalau diperhatikan di atas, sel darah Ust Din kelihatan sihat, yakni bersifat bulat, ada keputihan yang bercahaya (itulah dia oksigen) di dalam sel dan berasingan serta bertolakan di antara satu sama lain. Apa yang tidak diketahui kebanyakan orang pada ketika itu ialah Ust Din telah pun memakai stoking Vken selama 3 hari berturut-turut sebelum ujian tersebut dijalankan tetapi hanya pada waktu tidur malam sahaja.
 
Walaupun beliau tidak memakai stoking Vken ketika ujian dijalankan ke atasnya, sel-sel darah beliau telah pun mencapai tahap "sebati" dengan sifat2 sel yang sihat dengan hanya memakai stoking tersebut dalam tempoh 3 hari sahaja, dan pada waktu malam sahaja.
 
SEPUPU
 
Selepas itu, kami menjalankan ujian darah ke atas sepupu Ustaz Din pula. Beliau ini belum pernah menyentuh stoking Vken tersebut sebelum daripada ujian tersebut.
 
A11   Ujian Darah Ke Atas Sepupu Ustaz Fakhrudin 29.11.2012
 
 
 
Sebelum menyentuh stoking Vken, darah sepupu dalam keadaan yang tidak sihat yakni dalam bentuk bergabung dan melekat di antara satu sama lain, tiada keputihan di dalam dan tidak bergerak aktif. Tetapi selepas 10 minit memegangnya...walla!!!
 
Berapa lamakah sel-sel darah tersebut akan berada dalam keadaan yang sihat seperti itu dengan hanya memegang stoking Vken selama 10 minit? Tak lama...dalam sejam ke dua jam sahaja.
 
Tetapi sekiranya dipegang, atau lebih tepat lagi, dipakai pada kaki untuk beberapa hari atau malam, ia memang boleh kekal jauh lebih lama. Oleh kerana itulah saya sendiri memakainya secara berterusan, hampir 24 jam, pada sebulan yang pertama saya mula mendapatnya dahulu.
 
DARAH ORANG MUDA
 
Di kesempatan yang sama, kami juga telah menguji darah seorang anak muda dalam awal 20-an yang turut sama di majlis kami.
 
A12   Ujian Darah Orang Muda
 
 
Jelas daripada clip video di atas bahawa sel-sel darah beliau kelihatan sihat sebagaimana ciri-ciri yang saya sebutkan di atas.
 
Walaubagaimanapun terdapat satu bonggolan besar seperti kepala ayam yang menghalang perjalanan darah beliau. Ini menurut Mr Kelvin ialah akibat beliau makan secara telan atau malas mengunyah makanannya sehingga hancur sebelum ditelan.
 
Ujian selepas memegang stoking Vken tidak dilakukan ke atas beliau kerana ia tidak akan membawa perubahan yang besar dan untuk menjimatkan waktu.
 

No comments:

Post a Comment