Saturday, December 15, 2012

CONTOH UJIAN DARAH SET2 KELANTAN

Pada pertengahan November 2012 gang Kembara Vken telah mengembara ke Kelantan. Dalam episode tersebut kami telah bertemu dengan sahabat lama saya Ustaz Fakhrudin di Bachok. Mr Kelvin pun ada dalam pertemuan tersebut dan apa lagi...kami pun test lah darah Ust Din.

A10   Hasil Ujian Darah Ustaz Fakhrudin 29.11.2012
 
 
 
 
Kalau diperhatikan di atas, sel darah Ust Din kelihatan sihat, yakni bersifat bulat, ada keputihan yang bercahaya (itulah dia oksigen) di dalam sel dan berasingan serta bertolakan di antara satu sama lain. Apa yang tidak diketahui kebanyakan orang pada ketika itu ialah Ust Din telah pun memakai stoking Vken selama 3 hari berturut-turut sebelum ujian tersebut dijalankan tetapi hanya pada waktu tidur malam sahaja.
 
Walaupun beliau tidak memakai stoking Vken ketika ujian dijalankan ke atasnya, sel-sel darah beliau telah pun mencapai tahap "sebati" dengan sifat2 sel yang sihat dengan hanya memakai stoking tersebut dalam tempoh 3 hari sahaja, dan pada waktu malam sahaja.
 
SEPUPU
 
Selepas itu, kami menjalankan ujian darah ke atas sepupu Ustaz Din pula. Beliau ini belum pernah menyentuh stoking Vken tersebut sebelum daripada ujian tersebut.
 
A11   Ujian Darah Ke Atas Sepupu Ustaz Fakhrudin 29.11.2012
 
 
 
Sebelum menyentuh stoking Vken, darah sepupu dalam keadaan yang tidak sihat yakni dalam bentuk bergabung dan melekat di antara satu sama lain, tiada keputihan di dalam dan tidak bergerak aktif. Tetapi selepas 10 minit memegangnya...walla!!!
 
Berapa lamakah sel-sel darah tersebut akan berada dalam keadaan yang sihat seperti itu dengan hanya memegang stoking Vken selama 10 minit? Tak lama...dalam sejam ke dua jam sahaja.
 
Tetapi sekiranya dipegang, atau lebih tepat lagi, dipakai pada kaki untuk beberapa hari atau malam, ia memang boleh kekal jauh lebih lama. Oleh kerana itulah saya sendiri memakainya secara berterusan, hampir 24 jam, pada sebulan yang pertama saya mula mendapatnya dahulu.
 
DARAH ORANG MUDA
 
Di kesempatan yang sama, kami juga telah menguji darah seorang anak muda dalam awal 20-an yang turut sama di majlis kami.
 
A12   Ujian Darah Orang Muda
 
 
Jelas daripada clip video di atas bahawa sel-sel darah beliau kelihatan sihat sebagaimana ciri-ciri yang saya sebutkan di atas.
 
Walaubagaimanapun terdapat satu bonggolan besar seperti kepala ayam yang menghalang perjalanan darah beliau. Ini menurut Mr Kelvin ialah akibat beliau makan secara telan atau malas mengunyah makanannya sehingga hancur sebelum ditelan.
 
Ujian selepas memegang stoking Vken tidak dilakukan ke atas beliau kerana ia tidak akan membawa perubahan yang besar dan untuk menjimatkan waktu.
 

Friday, December 14, 2012

HASIL UJIAN DARAH SAYA BERTARIKH 14/12/12

Alhamdulillah...semalam saya dan sahabat2 iaitu sdr Talib dan Ustaz Kasim telah diuji darah oleh crew MXB merangkap Marketing Executive nya iaitu Mr Kelvin. Tujuan ujian darah ini dibuat ialah untuk melihat setakat mana sel darah kami telah dipengaruhi oleh pemakaian stoking Vken.

Saya ulangi sekali lagi kronologi saya ok. Saya telah memakai stoking Vken sejak daripada bulan puasa 2012 iaitu sejak lebihkurang 5 bulan yang lalu tanpa miss, kecuali 2 atau 3 hari sahaja. Maka pada malam ini 14/12/12, saya buat pertama kalinya menjalani ujian darah dan sempat pula sdr Talib rakamkan ujian  tersebut seperti di bawah.

A9   Ujian Darah Saya Pada 14/12/12
 
 
 
 
(Molek juga diperhatikan di dalam video di atas, bahawa sedikit editing/ removal sebahagian video telah dibuat. Ini kerana video clip asal di atas adalah terlalu panjang - lebih drp 3 minit - dan terpaksa dipotong sedikit untuk melepasi paras minima video uploading yang dibenarkan oleh BlogMaster blog ini. Walaubagaimanapun kalau berminat untuk mendapatkan clip video yang asal, sila buat permohonan terus di ruangan komen di bawah artikel ini).
 
Baik...jikalau dilihat dengan teliti, sel2 darah saya di dalam clip video di atas kebanyakannya:
 
1.   berbentuk bulat.
 
2.   ia bergerak aktif dan tidak static.
 
3.   di dalam sel tersebut ada cahaya putih atau cerah
 
4.   walaupun wujud halangan berbentuk bintik-bintik hitam, tetapi jumlahnya sangat sedikit.
 
 
Sila lihat kembali clip video bertanda A1 di sebelah kanan atas blog ini, iaitu clip video rasmi syarikat MXB. Sel darah wanita tersebut selepas diuji darah - adakah sifat2nya hampir sama dengan sel darah saya dalam clip video di atas yang bertanda A9? Wow (!!) bukan? (Takbir!!!... untuk orang Islam)
 
 


TENTANG FIR DAN ION NEGATIF

Pada posting yang lepas, kita telah membicarakan tentang FIR atau Far Infrared - sumber, fungsi dan manfaatnya. FIR boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Ini kerana apabila toksin telah berjaya dinyahkan oleh FIR, melalui proses yang dinamakan sebagai detoxication, badan sudah tiada racun lagi. Toksin itulah yang menyebabkan kebanyakan jenis penyakit dalam badan kita.

ION NEGATIF

Di antara bahan mineral lain yang terkandung di dalam stoking Vken juga ialah batu Germanium dan Titanium (G&T). Selain daripada arang buloh putih, G&T juga menghasilkan ion negative yang diperlukan oleh darah. Ini kerana sel darah mengandungi kedua-dua ion positif dan negative.

Pernah dengar tentang gelang sukan yang dibuat daripada Titanium? Mengapa ianya popular? Kerana ia mampu membekalkan ion negative kepada tubuh pemakai. Dengan ion negative tersebut, pemakai akan merasa lebih bertenaga daripada biasa.

A6   Gelang Sukan Titanium
 
 
 

Mengapa sel darah perlu kepada ion positif dan negative?

Sebagaimana yang kita belajar semasa di tingkatan 4 dan 5 dulu (bagi pelajar aliran sains), apabila positif bertemu negative, ia akan saling menarik. Tetapi apabila positif bertemu positif, atau negative bertemu negative, ia akan saling menolak.

SEMUA sel darah kita SEHARUSNYA mengandungi ion positif di bahagian dalam dan ion negative di bahagian luar sel tersebut. Apabila semua sel darah kita sedemikian rupa, maka ia akan saling tolak-menolak dan sel darah kita dengan itu akan bergerak aktif. Sebaliknya jikalau banyak sel darah kita hanya mengandungi ion positif sahaja, sel-sel tersebut akan saling menarik, melekat dan tidak lagi tolak-menolak. Maka kita akan mempunyai sel darah yang sakit.

Ion positif dikatakan tidak baik untuk darah. Kita boleh mendapat ion positif daripada pencemaran udara daripada asap kenderaan atau kawasan kilang dan kerana sering menggunakan peralatan2 moden seperti telefon bimbit dan komputer. Terlalu banyak ion positif di dalam sel darah kita boleh mengakibatkan kita menjadi mudah mengantuk dan berupaya menghasilkan darah beku (blood clot) yang boleh pula mengakibatkan serangan jantung.

Sementara ion negative adalah baik untuk sel darah dan tubuh badan di mana ia membantu kita mendapatkan kepuasan dalam tidor, menghalang bakteria dan mempercepatkan proses pemulihan. Ia boleh didapati daripada kawasan seperti hutan, air terjun atau dalam alam semulajadi yang tidak tercemar dengan pembangunan.

Kalau kita perhatikan mengapa orang2 tua kita dahulu-kala yang tinggal di kawasan perkampungan, yakni sebelum datangnya pembangunan dan kilang-kilang, boleh hidup lebih lama dan lebih sihat? Memang banyak faktornya tetapi antara yang paling asas ialah mereka banyak menghirup ion negative daripada kawasan2 hijau, sungai dan air terjun di sekeliling mereka. Ion negative ini menyebabkan sel-sel darah mereka aktif kerana ianya saling tolak-menolak.

Arang buloh putih dan batu G&T adalah di antara kandungan di dalam stoking Vken yang boleh mengeluarkan ion negative yang diperlukan oleh sel-sel darah tadi supaya ia saling tolak-menolak. Untuk memahami dengan lebih jelas lagi peranan dan fungsi FIR dan ion negative, mari kita tengok demonstrasi FIR dan ion negative di dalam youtube di bawah ini:

A7 Far Infrared dan Ion Negatif
 

 
Memang sukar untuk kita membuktikan secara fizikal bagaimana FIR beroperasi. Walaubagaimanapun satu demonstrasi ringkas dan mudah di bawah ini boleh membuktikan keberkesanan FIR, iaitu dengan menggunakan ketulan ais batu dan dua pinggan yang berbeza - satu yang dibuat daripada bahan pinggan yang biasa (berwarna merah) dan satu lagi dibuat daripada bahan seramik yang mengandungi FIR (berwarna hitam). Kedua2nya mempunyai suhu yang hampir sama.


A8   Demonstrasi Frekuensi Far Infrared
 
 


Perhatikan bahawa ketulan ais di dalam pinggan hitam menjadi cair dengan kadar yang lebih pantas daripada pinggan merah. Proses pencairan tersebut bukan disebabkan oleh haba yang panas tetapi oleh gerakan atau vibration yang dihasilkan oleh FIR pada pinggan hitam. Demikianlah FIR berfungsi di dalam tubuh kita apabila kita memakai stoking Vken. Ia mampu mengaktifkan sel-sel darah kita secara vibration dengan digabungkan sekali dengan kaedah penolakan di antara ion-ion negative, seperti yang disebut di atas.




Thursday, December 13, 2012

JENIS2 TERAPI DALAM STOKIN VKEN

Jenis2 terapi yang terdapat di dalam stoking Vken ini telah banyak dan kerap disebut oleh penulis2 di dalam blog dan youtube yang berkaitan. Di antaranya ialah terapi Far-InfraRed. Tujuan terapi FIR ini ialah untuk mengaktifkan molekul2 air dalam badan. Apabila ia bergerak aktif, ia akan menolak keluar toksin dalam badan melalui kulit dan keluar sebagai sebahagian daripada peluh.

Toksin ialah racun dalam badan yang datang daripada pengambilan makanan yang berasid. Ramai yang membeli alat water filter yang boleh mengalkalikan air paip di rumah mereka untuk dijadikan air minuman yang beralkali. Kenapa kita mesti minum air beralkali? Untuk menyahkan kandungan asid dalam badan kita.

Jikalau tidak, badan kita akan senang terkena penyakit seperti gout dan sakit lutot dan seumpamanya. Gout datang daripada sejenis asid dalam badan iaitu asid uric. Asid ini datang daripada toksin. Asid ini terkumpul dengan kadar yang banyak melalui pemakanan yang tidak terkawal. Ia akhirnya bersatu di celah2 tulang sendi yang terhakis akibat geseran di antara tulang. Tu lah yang rasa menyucok je bila terkena gout. Ini semua angkara asid uric yang terkumpul sekian lama.

Maka kisahnya...stoking Vken ini ada fungsi Far Infra-red tersebut. Di antara bahan dalam stoking Vken yang ada fungsi FIR ini ialah arang buloh putih, batu Rainbow Tourmaline dan galian seramic halus.  Untuk memahami bagaimana FIR berfungsi, sila lihat Youtube di bawah ini:


A5  Bagaimana Infrared Jauh berfungsi


Dalam demonstrasi di atas, anda dapat melihat perbezaan di antara Far Infrared dengan Near Infrared. Yang pertama itu sihat untuk badan sementara yang kedua itu boleh merosakkan badan. Oleh sebab itulah anda dinasihatkan untuk menjemur stoking ini di antara jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Ini kerana pada waktu tersebut, sinar Far Infrared terdapat dengan banyaknya, dan stoking Vken ini mampu untuk menyerap dan menyimpan tenaga FIR tersebut.

Pernah tak orang2 tua kita dulu menasihatkan kita supaya menjemur bantal pada waktu pagi? Mereka juga faham bahawa di sana ada kebaikan menjemur bantal di waktu pagi. Mereka akan cakap bahawa amalan tersebut boleh mengelakkan sakit kepala dan macam2 lagi. Tapi dari segi saintifiknya ialah komponen2 tertentu pada bantal tersebut, mungkin kekabunya ke atau kain pembalutnya boleh menyerap Far Infrared dan menyimpannya buat seketika waktu.

Walaubagaimanapun apa yang harus difahami ialah komponen atau ingredient yang terkandung dalam stoking Vken itu sendiri, seperti yang disebut di atas iaitu arang buloh putih, batu Rainbow Tourmaline dan galian seramic halus, mengandungi keupayaan mengeluarkan FIR. Amalan menjemur stoking Vken pada waktu pagi pula hanya menambahkan lagi power FIR yang sedia ada.




Wednesday, December 12, 2012

MIRACLE

My Wife telah terkena batuk yang kronik sebulan sebelum itu. Belum ada tanda2 yang dia akan sembuh dalam waktu terdekat. Dalam tempoh tersebut, dia dok makan pelbagai jenis ubat batuk tapi tidak juga sembuh. Lalu I pun bagilah dia pakai sepasang stoking Vken ni. dia pun pakailah pada malam harinya semasa tidur.

Apa yang berlaku esoknya? Ya...batuknya telah hilang terus. I mean TOTALY hilang. Tapi I masih ada reservation. Sebab ada kemungkinan penyembuhan total selepas memakai stokin tersebut ialah kesan daripada memakan ubat batuk sebelum daripada itu. Atau kesan kedua-duanya - ubat batuk dan stokin?

Jadi sebagai seorang yang seharusnya berfikiran objektif dan tidak terburu-buru membuat kesimpulan, I pun meneruskan memakai stokin tersebut untuk melihat kesannya pada diri I sendiri.

Kesannya memang ada. I mula rasa dahaga terutama sekali lepas bangun tidur. Tapi yang ketara pada 3 hari pertama ialah pada bahagian kaki. Sebelum daripada itu, kan I dah sebut yang I ni memang selalu kebas2 kaki? Selain daripada itu I pun ada tanda2 awal gout seperti kebas2 di hujung ibu jari kaki. Daripada pembacaan I, sememangnya ibu jari kaki ialah tempat serangan gout yang pertama dan tempat favouritenya.

I pun ada sengal2 di bahagian betis. Ish...kaki I ni memang banyak problem, walaupun masih boleh digunakan lagi. Tetapi 90% daripada sakit2 dan kebas2 tersebut hilang dalam tempoh seminggu yang pertama memakai stokin Vken ni.

Itu belum masuk lutot lagi. Lutot kanan I ni memang telah sakit selama 2 tahun kebelakangan ini. Maklumlah... dah guna 48 tahun sejak baby lagi. Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni, ia semakin sakit khususnya ketika nak bersolat iaitu ketika hendak turun ke kedudukan sujud daripada kedudukan berdiri qiam. Terpaksa turun sujud dengan tangan terjulur ke depan macam superman. Tangan sampai ke tanah dulu daripada kaki.

Sakit lutot ni ambil masa sikit nak sembuh. Talib ada sebut pasal Kneeguard Vken iaitu yang dipakai pada bahagian lutot. So I pun belilah juga dan pakai. Kesannya memang segera...I mean very fast! Dalam masa beberapa minit sahaja, lutot I dah rasa lega. Tapi I tidak berniat untuk menanggalkannya segera. I terus pakai sampai sebulan lagi.

Seingat I, dalam lebih kurang sebulan selepas pakai kneeguard tu, sakit lutot I dah sembuh almost 100%. Maksud sembuh tersebut ialah I tidak perlu lagi memakai kneeguard pada lutot kanan tersebut dan sakitnya dah tak rasa lagi. I bersolat pun dah normal dan tidak seperti superman lagi...lutot dulu cecah ke tanah, bukan tangan.

Tapi bare in mind ya,,,I tidak pernah tidak memakai stoking Vken ni sejak hari pertama I memakainya iaitu sejak daripada bulan puasa 2012 yang lalu sehinga sekarang, kecuali adalah miss 2-3 hari gitu.

Seperti yang I sebutkan pada posting I yang awal dulu, I pun ada sakit pinggang juga...tak boleh duduk tanpa bersandar terlalu lama, lebih daripada 5 minit. Atau duduk bersandar tetapi tidak boleh sampai 3 jam berterusan, dia akan berdenyut2 di sebelah pinggang kiri.

I dapat satu idea. Apa kata I letak kneeguard tadi di pinggang I? So I pun merekabentuk kneeguard tersebut menjadi sebuah bengkung. I upah tukang jahitlah buatkan untuk I.

Kesannya memang segera juga. Sekarang sudah hampir 3 bulan I pakai bengkung ni. Pada bulan pertama lagi I dah tak rasa sakit pinggang lagi khususnya selepas bangun tidur atau duduk tanpa bersandar lama. Tetapi I terus memakai bengkung tersebut sampai sekarang untuk terus merawat pinggang I ni.

(FYI...kneeguard ni I letak di pinggang iaitu di bahagian belakang yang orang selalu rasa sakit bila duduk lama tu)


Kronologi:

Julai 2012: Bulan ke-3 puasa, I mula kenal produk Vken ni, I terus pakai stoking vken.

Ogos 2012: I mula pakai Kneeguard Vken pada lutot sekali dengan Wrislet Vken iaitu pada pergelangan tangan kiri untuk melancarkan darah menuju ke jantung.

Pada bulan Ogos tersebut, I mula tertanya-tanya apa bendanya yang ada dalam stoking ini sehingga kesannya sedemikian rupa. Bukan sahaja kepada I, tetapi juga kepada mereka2 yang I telah berikan atau jualkan produk ini.

So I pun start membaca dan menonton Youtube tentang bahan-bahan yang terkandung di dalam stoking, kneeguard atau wristlet tersebut. Di antaranya ialah batu Rainbow Tourmaline:

A3 Rainbow Tourmaline



Untuk mengetahui khasiat batu tersebut, silalah google sendiri ya. Memang berlambak info dalam internet ni kalau rajin menggoogle kan.

Batu tourmaline ni rupanya ada dalam pelbagai warna dan berbeza2 khasiatnya. Maha Suci Allah yang tidak pernah mencipta sesuatu dengan sia-sia... walaupun seketul batu, ada khasiatnya juga. Ia datang dengan warna hitam, pink, hijau, kuning dan yang paling power sekali ialah rainbow atau pelangi ini sebab di dalamnya ada semua jenis warna...pada firasat hamba sendirilah.

Cuba tengok bagaimana mat saleh ini mengeluarkan batu tourmaline hitam daripada sebongkah batu yang besar. Rupanya mat saleh telah lebih awal sedia maklum daripada kita akan khasiat batu2 tourmaline ni.

A4 Cara mengeluarkan batu Tourmaline






MENGAPA WOW!

Ok sebagai bekas peguam (syar'ie) saya dilatih untuk mengemukakan bukti selepas mengemukakan dakwaan sebagaimana konsep pengadilan dalam Islam "Bukti di atas pihak yang mendakwa dan bersumpah di atas orang yang mengengkari dakwaan tersebut".

Secara zahirnya saya berpuashati dengan apa yang saya tonton di dalam youtube tersebut. Ini kerana setakat ini saya belum pernah bertemu dengan produk kesihatan, samada yang bersifat MLM atau sebaliknya, yang berani mempamerkan natijah dari penggunaan atau pemakaiannya secara analisa melalui mikroskop...dan dalam jangka waktu sesingkat ini, iaitu 10 minit sahaja. Dalam waktu 10 minit memegang stokin vken ni di tangan, sel darah anda sudah bergerak aktif, bersifat individual dan tidak lagi berkelompok serta setiap satu sel tersebut mengandungi oksigen.

Kalau genuine lah video tersebut, then that is AWESOME!! Sebab dari pembacaan saya yang tidak seberapa tentang perubatan, kalau baiklah darahnya, sihatlah orang itu. Dan begitulah sebaliknya. Macam keretalah juga. Kalau guna minyak tak bagus, cepatlah rosak keretanya.

Tapi kalau video tu palsu, apa macam bro? Ok takpe. I have to give it a chance (again, as an open-minded person). So dalam keadaan tahap kebolehpercayaan saya telah meningkat dengan mendadak sebanyak 90% itu, saya hanya perlukan lagi 10% sahaja untuk memberikan komitmen 100% terhadap produk ini.

BTW...saya pun terfikir...kalaulah depa ni buat video palsu, tidakkah akan menjejaskan sales mereka big time, betul tak? Siapalah yang sanggup buat video palsu setelah melabur sekian banyak RM di dalam suatu projek besar? Tapi takpe...just give it a chance. Duit boleh cari, tapi kesihatan?

So I pun order saja stokin tu daripada bro Talib kita ni (later on baru I tau dia ni rupanya Mobile Stockist...kempen untuk ko la ni Lib). Bab MLM tu I tolak tepi dulu...walaupun memang dah phobia dengan MLM pun macam kebanyakan pembaca yang mulia kan? Yang penting kita nak sihat.

So I pun belilah 2 pasang stokin vken ni dengan harga RM180 sepasang. Kalau kat Mydin berapa pasang boleh dapat tu? Sepasang I pakai dan sepasang lagi My Wife pakai. Kita orang pun pakai lah masa tidor malam tu. We didn't expect much to happen in only 1 day...but who knows right? Miracles happen...

YES...a miracle did happen the day after. Maka bermulalah sebuah pengembaraan yang saya namakan sebagai KEMBARA VKEN...daripada saya yang menonton video clips orang lain, kini saya pula yang menghasilkan clips saya sendiri...of course dengan bantuan sahabat2 yang lain dalam MXB, kami pusing satu Malaysia memperkenalkan produk Vken ini, membuat analisa darah, merakamnya dan anda bakal menontonnya di dalam blog ini.

Stay tuned folks...

Analisa darah di Sekolah Agama Rakyat, Ampangan, Seremban pada bulan Oktober 2012

A2


PENGENALAN

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,
 
Saya percaya anda semua telah mencuba pelbagai produk untuk meningkatkan tahap kesihatan anda. Ada produk yang jenis makan, jenis minum dan jenis sapu. Ada yang kena makan atau minum atau sapu dua kali sehari atau tiga kali sehari dan sebagainya. Ada yang kesan positifnya 50%, ada yang 30% dan sebagainya. Ada juga yang 100%. Tak mustahil walaupun jarang sangat begitu. 
Tetapi lambat-laun anda menjadi letih terus untuk mengamalkan sebahagian daripada produk-produk tersebut...walaupun ianya berkesan.
 
Kenapa letih? 
 
Sebab anda memang seorang yang kurang disiplin? Sedangkan untuk sihat, anda mesti menjadi seorang yang berdisiplin di dalam mengamalkan pemakanan produk-produk yang sihat tersebut.
 
Atau sebab anda perlu memakan produk tersebut dalam jumlah yang banyak, contohnya 5 biji "ubat" sekali makan, dan kena makan 3 kali sehari? Sedangkan situasi kesihatan anda tidaklah begitu teruk tanpa produk tersebut. Akhirnya anda pun menjadi malas dan mula mengurangkan dos yang sepatutnya...akhirnya stop terus...setelah beberapa bulan sahaja.
 
Atau anda memang tak suka rasanya sejak dari awal lagi? Mungkin terlalu pahit, payau sampai kena tutup hidung dan sebagainya.
 
Atau sebab situasi kewangan anda telah mula merosot? Sedangkan untuk mengamalkan pengambilan produk-produk tersebut, anda perlu sentiasa berduit.
 
Ya. Saya pernah melalui semua pengalaman di atas. Believe me friends.
 
Dan akhirnya saya stop terus daripada mengamalkan produk-produk kesihatan tersebut yang datang daripada pelbagai syarikat. Lagipun keadaan kesihatan saya pun, dulu dan kini, tidaklah terlalu kronik seperti orang yang kena cancer pembuluh jantung ke, kencing manis tahap 4 ke dan seumpamanya. I can live without those products.
 
Tetapi di masa yang sama, dan dalam diam-diam, saya masih mencari dalam gelap (walaupun berlampu) dan dalam keadaan tidak sedar...hehe. Sebab walaupun masih tiada penyakit kronik, saya menderitai beberapa masalah yang kurang kronik...tetapi menyusahkan aktiviti harian saya.
Di antara penyakit-penyakit tersebut ialah seperti:
 
1. Sakit lutot dan sakit pinggang
 
Pendek kata kaki saya memang sakitlah. Tak boleh duduk bersila lama contohnya ketika mendengar Imam sedang berkhutbah Jumaat. Kalau saya terus bersila sehingga selesai khutbah tersebut dan terus bangun untuk memulakan solat, saya tidak akan merasa kaki kanan saya kerana sudah kebas. Kalau tak hati-hati, ia boleh mengakibatkan tumbangnya sepohon pokok pisang di khalayak ramai...tanpa angin dan ribut.
 
Orang yang sakit pinggang ni pula, dia tak boleh duduk lama tanpa bersandar. Atau walaupun dia duduk bersandar, lama-lama pinggang kiri atau kanannya akan berdenyut sendiri. Berdenyut kesakitan lah tu. Itulah saya...selama beberapa tahun la juga.
 
2. Sakit kepala
 
Ini saya tak sure. Tapi saya rasa ini migrain. Kalau cuaca panas, mulalah sakit...sakit sebelah kanan ke, kiri ke, kiri-kanan ke. Pokoknya memang sakitlah. Lagi satu sebab saya merokok (old habit dies hard...hehe). Bila banyak smoke, banyaklah sakitnya. Pokoknya lagi, sakit kepala ni memang telah saya deritai selama lebih 20 tahun. Kalau dulu membeli panadol actifast memang menjadi hobi saya. Berpapan-papan akan dibeli setiap minggu.
 
3. Sensitif pada kipas atau air-cond
 
Kalau tidor tanpa berbaju, bangun pagi esok mesti bersin dengan kuatnya. Lebih-lebih lagi kalau pasang kipas atau aircond berterusan. Tapi kalau tak pasang keduanya, atau salah satu, saya tak dapat tidur pula sebab kepanasan. Ini memang dilema saya sejak dulu. Tak dapek den nak nolong eh..
 
Kalau negara Malaysia ni sedang musim tengkujuh dan saya terdedah di luar terlalu lama pada malam hari, saya akan terkena selsema dan selalunya akan diikuti oleh demam beberapa hari. Kalau terkena hujan, tak payah cakap lah kan.
 
Yang di atas itu hanyalah  50% "masalah" yang saya terpaksa tanggung beberapa tahun lamanya. Kalau nak detail semua sekali di sini memang boleh tapi boring pula kalian membacanya kan...
 
Dan tiba2 saya dah jumpa ubatnya!!! Ewah...takkan cepat sangat pulak. Kata blog...mestilah ada ceritanya. Kalau facebook ke twitter ke, short cut je la kan.
 
Ok what happened was...one day my friend si Talib ni text me. Dia cakap pasal stokin nama vken ni. Dia boleh atasi masalah kencing mannis la, darah tinggi la...bla, bla, bla. Yang saya tahu, Talib ni memang kaki MLM. What the hell...MLM lagi la ni. Ok takpe...layan je la (sebagai seorang yang open-minded...as opposed to narrow-minded. Hehe...jangan mare).
 
Saya...ah leceh la saya saya ni. I pun buka la Youtube. Sebab kalau takde dalam youtube, memang low-class gitu, i percaya. Sekali memang ada pun benda tu (oh these all happened during bulan puasa 2012...baru sangat tu bro). Dan clip pertama yang I nonton ialah yang bertanda A1 di atas. That is the official punya video clip yang dibuat oleh company yang menjual stokin tersebut iaitu company MXB (Memang X Bohong, dia orang claim la).
 
Wow? Oh bukan! WOW3X!!! Mengapa sedemikian rupa "wow"nya?
 
(maaf tulisan tak tersusun...pakai copy paste daripada Word)